15 December 2011

Seiring dengan masa & usia.....serta mungkin faktor2 luaran yg lain, minat untuk trus menulis kian pudar. Ianya seperti "biarlah simpan shja sendiri, moga x menyakitkan sesiapa" , maka x ada apa yg perlu di tulis. Ilmu agama yg tidak banyak bertambah, kudrat yg makin mengurang, kawan & rakan yg mengurang kecuali adik beradik yg terus setia berkongsi crite setiap kali berjumpa. Biarlah tiada cerita tetapi semoga amalan dapat diperbanyakkan, InsyAllah.

2011 yg ke penghujungnya. Masalah rumah d Besut nampaknya telah selesai walaupun pihak former owner seperti masih x berpuashati, sesuatu yg diluar jangka & kawalan kita. Isu rumah d Rawang pula kena continue since strata title blom clear. Klong telah dapat resultnya w/p x cemerlang mana tapi bolehlah 4A 1C, cam resultnya AyahNgah dulu2. Tahun 2012 yg bakal datang akan menyaksikan anak daraku akan memulakan pengajian di bumi Kelantan & kami akan berjauhan semestinya. Optimisnya semoga dia akan lebih berdikari dan mempelajari pelbagai pengetahuan & pengalaman bila berjauhan drp parents.

40an, menuju ke angka 42 tahun dari sekarang.......hampir separuh abad, no more jokes, no more games. Kalau menurut ustaz dari sudut pandangan tasauf, 40an  ini adalah berupa mayat. So, Whatelse to do, wirid harian blum hafal lagi.....Mungkin ini catatan terakhir untuk tahun ni.

05 October 2011

Saat2 kemusnahan kemanusiaan dalam diri......

Perlis - Ditahan polis krn ponteng sekolah & menonton video.....
Gambar ini (di akhbar tempatan 5 okt 2011), menceritakan kesemua sekali penyakit & senario semasa yg telah melanda komuniti umat Islam negara ini khususnya. Kita mempunyai adik, anak, ank saudara.......yang seusia ini, maka seandainya diri kita adalah salah seorang person yg bertanggungjawab ke atas salah seorang dr mereka, bagaimana perasaan kita?  Adakah kita akui bahawa ini merupakan titik kemusnahan kpd  kehidupan anak-2 @ generasi pewaris kita?
Titikmula  ini nampak remeh pada pandangan zahir tetapi kesannya berakar & berkesan sehingga ke liang lahad, melainkan orang-2 yang bertaubat penuh ikhlas kepada Allah. titik ini mampu menghancurkan beberapa generasi  dan memporak perandakan institusi kehidupan manusia, merosakkan jati diri ank2 muda, menyedut keluar sisa2 keimanan dalam diri, mendekatkan segala perbuatan dosa & mungkar, membenihkan sifat malas & tidak amanah seterusnya melahirkan generasi yg rosak kemanusiaannya.

Lalu apakah kita bangga kalau sekiranya kita sebagai ibubapa yg bertanggungjawab mencorak anak-2 cuma mampu mendekatkan mereka dengan segala fasiliti ke arah kemungkinan kerosakan seperti agen-agen hiburan yang pelbagai dalam pasaran semasa? Contoh netbook, notebook, desktop percuma, kemudahan sistem jalur lebar pantas, tv , video player , internet & segala perkakasan elektronik canggih? Lalu bila ada kes bayi dicampak contohnya, maka kita pun bertungkus lumus mencari penjenayah bertanggungjawab & selalunya kita lupa pada peranan diri sendiri terhadap anak, keluarga & masyarakat. Ianya telah berakar umbi dalam diri & masyarakat sejak sekian lama & peranan agama yg hanya sebagai ritual semata.

07 September 2011

Menu & Kenangan.....


Mengimbau kenangan lama masa belajar, apa yg menarik hati adalah mengingatkan kita jenis makanan (kerana sya seorang yg suka makan). 

KIK : Sambal nasi lemak pagi (add belacan). Ini yg paling kita rindui, jarang sekali  sya jumpa, cuba nak buat x pernah menjadi  wp kwn2 KL dah bagi cara macam2, goreng cili dulu, taruk asam jawa, still x dpt mcam sambal nasi lemak KIK 87. Seingat kita setiap pagi yg menunya nasi lemak, maka most of d students ignore breakfast, derong x suka sgt nasi lemak. Girls G klass bypass je canteen melain beberapa kerat termasuk sya. So 1 meja ada 10 pinggan, biasa kita sorang je duk 1 meja, wp mkn sepinggan, telur yg semuanya 10 biji, kita amik la xtra 1 @ 2 biji untuk ratah later......mana x naik bdn masa form 5. Masa form 4 turun mendadak berat sbb terkejut dgn menu & masakan Kelang,  pedas &  x menyelerakn, kena xtra sopan santun sbb mkn hidang dgn senior.  naik frm 5 dah bule adopt menu, dah mula suka, mkn tray & dah x heran dgn senior, bule mkn sedap.

Mat Jiwa Sg Petani: Menu mesti ada kari or masak lemak. Semua kita suka dan x memilih, bdk2  KL & bdk2 negeri lain suka komplen psal tu, kita x kisah mana......janji boleh makan tp tiada menu yg menjadi kenangan. Semuanya ok tp tiada trademark.

USM Minden: Yang paling dingati, ayam goreng berempah & sambal kerang. Nasi puteh plus ayam goreng RM1.20 manakalan nasi plus sambal kerang = 80 sen.  Inilah pilihan kita yg ada sbb sedap & murah (cafe makcik Bibi di Desa Gemilang), kalau cafe Desa Cahaya selalu amik telur goreng sweet sour.  Masa ni kena berjimat cermat sbb mkn sendiri.......

ITM Dungun: Semua menu kita suka & x kisah mana Cuma 1 menu yg kita paling ingat bkn sbb palig sedap tp sangat kelakar sebab x berapa match. Wlau camana x match pon kita tetap makan dgn sedapnya  Cuma  kesian kwan2 lain yg biasa x berapa lalu, kita akan perabih mana yg derong x brape suka...Menunya ialah sambal sardin+ sayur air petola + telur mata berkuah kicap. Hahahahha lucu klau telur dadar ke sesuai la sikit, ikan masin ke......tp x kisah sedap juga la dah pesen kita budak miskin, semua telan. Ni kadang bila kita masak sayur air petola plus sambal sardin, selalu mention ni menu umi kat Itm :)

Dengan itu saya berpandangan untuk mewujudkan 1 Trademark (urusan dunia) tidak perlu terlalu cantik, terlalu hensem, terlalu mahal, terlalu putih or hitam, terlalu sedap, terlalu bijak , terlalu alim , terlalu berpengetahuan, terlalu pakar & lain2 terlalu, tp hanya perlu ada identiti & original...... TETAPI bagi urusan akhirat, Trademark kepada penduduk langit hanyalah Taqwa & baik amalan, x boleh tidak.

05 September 2011

CATATAN HARI RAYA 2011

Semua cerita 4 tis year cantik & indah belaka. Hari Raya datang dgn penuh rahmat & bless frm Allah wp makcikAna x buat pon terawih semasa Ramadhan. Moga2 Allah ampunkan aku.

1st Sept kami dah on journey  back to KL. bertolak dlm kol 2.00 ++ singgah d Bkt Abal for almost an hour. Maghrib at Merapoh, dinner - sumwhere in Merapoh also....nasi goreng Pattaya, n.g ikan masin & n.g cina. continue our trip & more or less at 10pm at Raub/ Benta when my hsbd surprisingly  tune d radio on to one of English station. Mrs Dj play all d 80's songs include d one that i love - Words don't come easy, as usual i'm just pretending not too enjoy that song to avoid him frm switch d other channel or switch d radio off :)

What d nostalgic moment my prens.....feels like be young again like 90's on previous time.

25 May 2011

Diri sendiri, orang lain, banyak & berkat

Kecenderungan untuk menulis sebenarnya bukan bertujuan untuk memperingati diri orang lain, tetapi adalah lebih kepada sifat kesukaan semulajadi yang suka memberi pandangan & kesimpulan, yg utama untuk diri sendiri. Bila kita  sendiri menulis & kita sendiri yang seronok membacanya , maka semoga ianya juga boleh dikongsi dgn sesiapa yg berminat & sama2 boleh dimenafaatkan. Jika asyik update status di Fb, mungkin akan ada pihak yg tersinggung, ada yg terasa diperli atau dikatakan menunjuk pandai, perasan cendikiawan dsbnya. Bila kita menulis secara adhoc di personal page seperti ini, tiada siapa boleh mempertikaikan sebab kita x pernah menyuruh sesiapa melihat, membaca & response balik mengenainya.

Hal yang ingin disentuh kali ini adalah perihal banyak dari segi amaun (tangible) dinisbahkan dengan berkat yang bersifat intangible. oleh kerana penekanan dan kedalaman ilmu2 agama tidak diambilberat, maka pada hari ini , manusia terdorong kpd perkara2 material yg bersifat keduniaan, yg boleh dihitung & dikira, yg nampak dipandang mata kasar dan everything is based pada calculation. Si polan banyak duit, banyak harta, maka dia kaya , dia berjaya. Si polan ada PhD, maka dia bijak, dia berjaya. OOo sipolan terkenal, glamour, siang malam masuk tv, oo maka dia berjaya. itulah contoh2 ukurannya . Walhal di dalam bidang agama & keluasaan ilmu-ilmu hakiki Islam, tidak semua based on calculation & facts, or proved by experiment. Ilmu di dalam Islam terbahagi kepada 2 iaitu ilmu-ilmu yang boleh dipelajari & ilmu2 laduni. Ada ilmu bersifat 2+1=3 dan ada ilmu yg bersifat 2+1 x= 3, dan jawapan mungkin variety dan pelbagai & infiniti.

Ilmu2 yang bersifat hakikat ini jarang di pelajari pada hari ini, apatah lagi pada hari ini manusia amat menekan kan akademik, seolah2 hanya akademik yang dapat menjamin kesejahteraan generasi baru. Walhal cabang ilmu itu amat luas & pelbagai, dan yang paling penting didahulukan adalah ilmu agama. Kerana ilmu agama & amalan baik yang sempurna akan menjamin kesejahteraan hidup di alam dunia dan alam akhirat.

So sampai sini dulu hari ini, x sempat disentuh tentang berkat, yang manusia hari ini kurang mengambil berat walaupun mengaku keberkatan itu penting dalam kehidupan.

04 May 2011

SIFAT BENAR & pentingnya berkata benar.......

Dunia hari ini dunia penuh materialistik yang tidak lg mementingkan pendidikan akhlak & budipekerti mulia. Apa yg diutamakan adalah akademik , persijilan & peperiksaan.Oleh demikian tidak hairanlah hasilnya kini, kita mempunyai ramai kaum remaja berpendidikan tinggi tetapi tidak semua tahu membantu ibu di dapur, tahu menghormati & mentaati orang tua serta tidak kurang juga yang berjaya dlm akademik tetapi di masa yang sama menjual maruah untuk kesenangan hidup. Itulah output @ natijah drp penekanan kita generasi lama yg silap memberi penekanan.

Apa yg ingin disentuh di sini adalah salah satu drp byk sifat2 & akhlak terpuji , yakni salah satu sifat penting yg amat ditekankan agama iaitu berkata benar & bersifat benar dalam kehidupan ini. Kita biasa mendengar Sabda Nabi bermaksud " berkata benarlah wpun pahit" serta pesanan Saidina Umar AlKhattab " berkata benarlah engkau, sekalipun kebenaran itu akan membunuhmu". Begitu, penekanan yg diberikan generasi awal Islam di abad terdahulu.

Mimpi benar juga ada kaitannya dengan sifat benar seseorang itu, dimana Nabi pernah menyatakan bahawa , sejauh mana seseorang itu bersifat benar, maka benarlah juga mimpi orang itu. Mimpi benar juga adalah salah satu drp sifat2 kenabian. Bukan bermaksud orang yg mimpinya benar itu adalah martabatnya tinggi menghampiri martabat Nabi, tetapi membawa makna bahawa Mimpi benar ini adalah merupakan salah satu anugerah kpd para nabi & Rasul, yang biasanya mereka ini bermimpi benar, & banyak peristiwa mimpi benar yang dialami oleh para nabi seperti peristiwa mimpi Rasulullah s.a.w sebelum diangkat sebagai Rasul, mimpi korban oleh Nabi Ibrahim a.s serta mimpi yang dialami oleh Nabi Yusuf .a.s dll .

Begitulah pentingnya berkata & bersifat benar dalam agama kita, yg kini dipandang lekeh oleh generasi baru & kadang-kadang mempermain-mainkan tentang berkata benar. Ianya ada kaitan dgn akidah, kepercayaan, keimanan dan lawannya adalah sifat munafik. nauzubillah & Wallahua'llam.

18 April 2011

Pentingnya berhati Mulia ....(Sesi bercerita)

Berhati mulia: mendekatkan rezeki, menjauhkan bala.

Hari ini nak bercerita tentang berhati mulia, bukan kerana diri kita berhati mulia tetapi untuk sama-2 berkongsi tentang kepentingan berhati mulia dan dapat menyemarakkan keinginan kita supaya dapat bersifat dengan sifat ini, yakni salah satu drp akhlak terpuji.

Kalau x silap pada tahun 2005, sewaktu menetap di PJ oldtown, anak Kna Asma' Nazirah aka kak Ngah baru berumur +- setahun, warded di HUM kerana kahak/paru2 berair kerana selsema yg berpanjangan. Maka berkampunglah Kna di wad kanak2 selama beberapa hari. Turut sama di wad tersebut adalah seorang misi Cina Muslim (anak cina yg dipelihara bidan melayu sejak kecil) bersama babynya yang baru berumur beberapa bulan. Beliau ini adalah seorang yang peramah & suka berkawan, ada aje yang disapa & dibawa berbual wp biasanya bangsa cina x macam tu (maklumlah anak mak bidan). Kami pula sentiasa berbual kerana kebosanan duk di wad. Mulanya Kna heran sbb katanya baby yg berada d wad itu anak pertama/sulung katanya & dia masa tu dah berusia 40an (plus). Suaminya pon dah memutih uban. Pada masa yg sama bila suaminya datang melawat , datang bersama suaminya lebih kurang 6 @ 7 kanak2 yg bermacam rupaparas & agak nakal @ lasak.

Bila Kna selidiki, rupa-rupanya semua kanak2 yg dibawa suaminya itu adalah anak2 angkatnya yg diambil dr pelbagai source & mostly adalah anak terbuang, yg x sah taraf. Biasanya dia akan membela ibu2 terlanjur yg telah sarat, dan selepas bersalin, dia akan jaga & urus baby tersebut dgn sukarela & ibu @ gadis2 yg sebhagian dalah student IPT akan kembali menyambung kehidupan seprti biasa. Ya Allah terkedu Kna mendengarkan, betapa besar kebajikan & pengorbanan seorang wanita yang tiada anak (semasa itu), sanggup bersusah payah ke atas orang yang x dikenali  termasuk membela ibu terlanjur tanpa sebrang bantuan @ bkn digazetkan sbgai rumah kebajikan. Dia sewaktu itu telah 40an & masih belum menimang anak, beliau sangat 2 mengharapa anak sendiri walaupun telah mempunyai ramai anak angkat. 

Kna perhatikan antara anak2 angkat yg itu ada yg putih, cerah & gelap, ada yg biasa & ada yg agak cantik. Anak orang Indonesia pon ada. Beliau ini menetap berhampiran dengan Uitm Shah Alam, dari situlah ramai gadis terlanjur yg menumpang teduh dirumahnya sementara menanti kelahiran & dia x tentukan siapa pon, sbb tu ada juga yang ibunya Indon. Sabarnya dia melayan anak2 nya yg ramai & lasak itu.
Ditakdirkan Allah akhirnya dia mengandung & dapat menimang cahaya mata sendiri pada usia 40an, mereka suami isteri sangat2 gembira atas kurniaan itu dan x henti2 bersyukur. Selepas warded, kami x pernah bertemu dan Kna x tahu apa kisahnya lagi. Masih teringat masa tu, Toyota Innova baru keluar kt pasaran Malaysia, meraka telah dapatkan satu demi anak2 angkat mereka yg ramai. 

PJ 2005 - K.Ngah & K.Long
Mulia sungguh hati mereka & kita rasa kita x mampu melakukanya walaupun kita rasa kita tahu agama, kita x sanggup berkorban seperti yg dilakukan itu apatah lagi orang-orang tersebut tiada ikatan persaudaraan dengan kita,  anak2 tersebut tidak sah taraf & datang dr pelbagai bangsa, negeri & latarbelakang. Betapa kita merasakan Allah telah memakbulkan doanya sekian lama atas sifat mulia hati & budi & jasanya itu, yg bukan calang2 orang dapat melakukannya. Begitulah asuhan Mak Bidan tersebut yang membela seorang bayi berbangsa Cina suatu masa dulu. STOP. (Renungan.)

23 March 2011

Beza antara tahu & faham (fak'kih vs Alim)

Ringkasan takrifan: Tahu @ alim adalah mengetahui dari sudut hukum hakam, rukun & syarat yang sepertimana contoh seorang yang tahu mengenai syarat-2, rukun & hukum, maka dia layak mengimami solat jemaah kerana dia ada ilmu. Berbeza pula dengan fak'kih, yakni faham, dalam sesuatu situasi atau senario dia berkemampuan mengubahsuai sesuatu tindakan berdasarkan prioriti untuk kepentingan ummah, bilamana keadaan semasa memerlukan kepada hal tersebut &  masih dalam lingkungan syarat, rukun & hukum yg termaktub.

Sebab bila Allah mengkehendaki sesuatu kebaikkan kepada seseorang maka diberi faham akan agama @ fak'kih fildin.......Wallahua'llam.

15 March 2011

Another Reminder.....4 me

Bala itu diturunkan memberi 2 makna kpd 2 golongan:

Untuk orang mukmin, untuk menambahkan lagi/ memperkentalkan keimanan kepada Allah & kepada yg kufur, bagi menambahkan lagi kekufuran mereka kpd Allah. Maka sptmana tsunami di Jepun , bala yg sekelip mata membinasakan, maka tenanglah wahai hati & redho lah atas ketentuan Ilahi.....

kerana Zuhud itu adalah engkau lebih menyakini apa yg ada di sisi Allah melebihi apa yg ada di tangan manusia & nilai dunia ini adalah lebih kecil drp sayap nyamuk berbanding Alam Akhirat. Kalihkan pandangan ke alam sana yg lebih banyak peluang menanti, Berbuat baik lah sebanyak yg boleh wahai diri sbb itulah pelaburan yg akan membuahkan hasil yg abadi.

12 March 2011

Reminder 4 me & u...

To say once again, whenever mode come to state like 'down to d earth':
"Zuhud itu bukan lah membuang dunia tetapi engkau lebih menyakini apa yg ada di sisi Allah melebihi apa yg ada di tangan manusia".  Then...feel hepy & stronger again, nothing to worry & wonder, really miracle.

Teringat pesan ustaz tentang 6 perkara yg menyebabkan 6 golongan masuk neraka sebelum hisab, drp 6 satu perkara tu terlupa walaupun cuba refresh beberapa kali, so x perlu tulis dulu.

07 March 2011

Gajah Denak aka gajah Penggoda (Cek mek)

Hahahahha...tergelak sorang2, gajah liar pon boleh kalah dgn pujukan gajah betina, apatah lagi manusia. Bijak, sungguh bijak... bilamana penjaga gajah & para petugas dan pegawai renjer menggunakan gajah denak betina sabagai pemujuk dalam operasi pemindahan gajah. Setiap kejadian yang Allah buat adalah hikmahnya, betina @ perempuan biasa dikaitkan dgn kelemahan dan kekurangan aqal serta terlebih emosi but sometimes emosi tersebut perlu digunapakai dalam menangani sesetengah situasi. Ikuti kisah ini:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

03 March 2011

4 golongan istimewa.....Perihal Syafaat

Yang baru didapati, mungkin boleh masing-masing study & berguru pula dengan ulama yg muktabar sekiranya kurang yakin dgn fakta ini, diperolehi drp sumber yg agak kuat- seorang alim aka ustaz (source: bukan internet).

4 Golongan yang boleh memberi syafaat kpd muslimim:
1- Para nabi & Rasul
2- Golongan siddiqin- orang 2 yg benar
3- Ulama'
4- Orang yang baik muamalahnya diantara manusia.

Perincian & detail syarahnya, silalah dapatkan penjelasan drp ustaz & tuan guru yang sepatutnya.......

KULIYAH lama - saripatinya menarik hati

Zuhud: Apakah maksud ringkasnya ?
Zuhud itu bukanlah mengharamkan yg halal @ membuang dunia, tetapi Zuhud itu Engkau lebih menyakini  apa yg ada disisi Allah lebih drp apa yg ada di tangan manusia.

Hari ini berfkir-fikir semasa drive pagi : bahawa rumahtangga merupakan 1 institusi unggul & lebih terkemuka drp sebuah Harvard @ Cambridge kerana ianya dapat melahirkan samada  manusia hebat pencatur dunia yg taat kpd Allah atau pun seorang kaya, tamak & jahat peribadi  yang menentang Allah .
Ya Allah, Engkau jadikan zuriat yg lahir drp rahimku seorang hamba yg taat kepadaMu yang dapat berbakti & kpd Mu & Agamaku, Engkau jadikan juga saudara-2ku yg lahir dari rahim yg sama dgnku adalah penolong kepada Agamaku & bukan penolong kpd mereka yg menentangMu. Amin.

Kaitan bahagia & kesihatan - pandangan saintis


2011/03/03 NEW YORK: 
Mereka yang tidak berasa bimbang dan sentiasa gembira mempunyai peluang lebih tinggi untuk hidup lebih lama dan panjang umur, kata satu kajian. Penyelidikan diketuai Profesor Emeritus Universiti Illinois, Ed Diener, berkata penilaian ke atas lebih 160 kajian untuk menentukan kaitan antara minda positif, kesihatan keseluruhan dan umur panjang memperoleh bukti jelas dan meyakinkan.
“Saya terkejut dan teruja apabila melihat perbandingan jelas yang mengaitkan antara tahap kesihatan yang baik dengan umur panjang,” kata beliau dalam laporannya yang diterbitkan Jurnal Applied Psychology: Health and Well-Being. Diener berkata, walaupun beberapa kajian yang dinilai memberi pandangan bertentangan, pendapat keseluruhan menyokong kesimpulan bahawa kegembiraan mempunyai kaitan dengan kesihatan dan umur panjang. – Reuters

27 February 2011

Kura-kura & kehidupan....

Semalam, sewaktu sedang memasak tghari, jenguk dlm kolah@ aquarium kura2 plus anak ikan, tersenyum sendiri, kerana menengok aksi mesra kura2 kami yg baru dapat teman baru & seekor baby kura2 instant. Dulu dia hidup sendirian, tanpa teman sehingga pernah 1 hari saya menyuarakan pd suami " x baik bang, kita simpan seekor xder pasangan, ditakuti berdosa". suami diam je & kami x pernah berusaha untuk mendapatkan kawan tuk tis little creature. Sehingga pada suatu hari budak-budak yg sedang bermain dlm kwsan kem terjumpa kura2 sesat ntah dari mana lalu mereka serah pada Ahmad sbb tahu kami dah memang membelanya seekor. Wbagaimana pun terjadi pula perebutan bilamana ank jiran kami hendakkan juga kura2 tu & emak nya datang, maka budak2 tu serahkan dengan berat hati. Ahmad & Hakim mcam x lalu makan sbb sedih x dapat kura2 yg sepatutnya jadi milik mereka. Anak jiran membeli pula seekor anak kura2 kecil dr pet shop tuk jadikan teman. Setelah beberapa minggu membela lantas anak jiran ni membawa ke-2 beranak kura2 ke rumah kami supaya kami membelanya pula samapai besar, hai! nak tergelak pun ada. boleh pulak cam tu, Ahmad seolah kenyang & sgt hepi dgn kedatangan 2 mahkluk tu......tapi begitulah miracle kehidupan....to be continued later

Sesuatu itu bermula dgn niat yg baik sebagaimana Hadis pertama yg kita belajar semasa melangkah ke Form 1 Sek Arab 80an, bila kita berniat baik, Allah akan tunjukan jalan, mudahkan laluan. Dlm kes ini kita x nak menganiaya binatang, Allah datangkan teman untuknya. Begitu juga kita, mula2 kita pasangkan niat baik, seterusnya cuba berbuat baik sebab berbuat baik itu sesuatu yg berat bagi kita orang awam ini. Allah akan membantu melalui pelbagai jalan....itulah awal konsep kebaikan.

09 February 2011

Isu terkini ~ poligami

Memandangkan kat yahoo grup x-KIK, isu bermadu memenuhi inbox, maka rasanya disentuh sendiri another pandangan peribadi, apply untuk diri sendiri sahajalah. usikan sentiasa kita dapat dr segenap penjuru spya perempuan perlu redho tuk berkongsi kasih, sama ada dr suami, rakan2 dsb. Pada saya ianya bukanlah big deal jika justifikasi adalah strong, misal kata kita sudah kurang keupayaan atau masih berupaya tetapi suami ada xtra keperluan, mgkin tersangatlah gagah perkasa, walaupun misal kata poketnya nipis tapi kudratnya sgt hebat, maka mugkin kita perlu pertimbangkan, sbb ditakuti terjerumus ke arah perkara x baik. Katalah kita mampu je tetapi suami menghadapi byk godaan dgn wajah hensem & poket tebal, tiada maknanya kita dok sibuk nak menghalang.....sbb ianya dibolehkan dari segi syara' , semuanya tiada masalah kerana yg ada hanya camana kita pompuan nak berlawan dgn emosi kita sahaja.

Pada diri sendiri, saya sudah ada jawapan. Biarkan semuanya smooth jika itu yg dia hendak krn bukan dia x menghargai kita cuma nak tambah tanggungjawab & sememangnya dia berkemampuan, teruskanlah walau dgn siapa pon pasangannya.....CUMA mungkin segala kemudahan yg kita serah & kongsi sebelum ini, mungkin kita akan tarik balik sesetengahnya sbb beban kita dah berkurangan dgn wujudnya rakankongsi dia yang baru. Kita rela & redho cuma sebahagian facilities yg kita provide mungkin kita simpan untuk diri sendiri pula, (ringan sedikit beban digalas ye!). Mungkin usikan & gurauan kita pon berkurangan, sbb dia pon dah kurang masa untuk menerimanya, itu je lah yg kita boleh buat. Cerita kita pon mungkin akan sedikit berkurang sbb dah ada cerita lain yg nak didengari........& pastinya semuanya tidak seperti dulu lagi!

Kalau dia pon x kisah mana atas segala yg akan berubah itu, maka janganlah kita perempuan nak menyusahkan dia meneruskan niat suci membela agama & kaum wanita itu. Sebab itulah saya selalu katakan, mental & sikap kita yg menentukan samada dia akan terpk @ terlintas samada nak rasa manisnya madu @ dia x sanggup untuk menghadapi sedikit perubahan itu, semuanya ada ditangan kita & dia. Dia boleh buat pilihan & berhak membuat keputusan, tapi kita ada kuasa untuk mendorong @ sebaliknya. 

08 February 2011

Dari Kerana mata !

Menarik, kak Na cut & paste sbb tertarik dgn mata lelaki & perempuan tu, isu pon boleh tahan. Jadi selain drp memiliki badan yg langsing, kita perempuan perlu mempunyai mata yg cantik untuk mengikat lelaki, Klau dia nampak mcam kurang minat je, banyak2 la tenung mata suami / isteri, tapi masalahnya jenuh d tenung & d goda, dia buat x tahu sajer, hahhahhhahaa. Nasiblah kalau macam tu, kenalah pk sesuatu yg kreatif jika kita x banyak kelebihan (sex appeal). Bagi saya kelebihan ada 2, fizikal & mental. Klau fizikal x menarik jadikan mental kita berfungsi sepenuhnya agar dapat menguasai pemikiran & jiwa. CREATIVE!, ingat tu!!

Chinese new year yg ....................

Dah lama kami x mengalami masalah teperangkap dgn jam teruk sepanjang KG-> KL sbb selalu kami plan perjalanan luar drp peak hour, tp baru2 ni kami xde pilihan kerana kami bertolak dr KL-KG hanya pd hari Rabu, tiada pilihan tuk balik kemari awal, hanyalaha pagi Ahad, kul 8 + pagi - 9 + mlm. Klong termiss 1 klas tuition mlm tu, & esoknya ayah Su termiss 2 klas sbb x sempat anto dia ke train stesyen. X apalah yg penting ianya telah berlalu & kami semua selamat sampai KL setelah byk halangan. Kawan2 lain ada yg terperangkap 16j dan lebih, so nasiblah & kena redah semua tu.

Apa pon wp x sempat beli kopok leko & x sempat shopping apa-2, kami tetap enjoy sbb dapat join kenduri (gulai kawah) kerana ramai buat kenduri sempena coti. Juga kami adik beradik sempat berkumpul & update cerita masing2 lebih kure walaupun sehari semalam aje bersama-sama. Mak nampaknya hepi since most of us balik wp ayah Teh & cek Do serta maklong xder. lain kali ye!

01 February 2011

X kenal maka x cinta....

Simple phrases but meaningful. Biasa berlaku dlm kehidupan, yg sering terjadi dimana-mana. Pergaduhan , perselisihan & perbalahan yg wujud tersebut kerana kita semua sebenarnya tidak benar2 mengenal, mengerti, menghayati & memahami serta mempelajari tentang sesuatu entiti, individu, kumpulan, komuniti & lain2 yg berlainan drp kita. Sekiranya sebaliknya drp itu, kita benar2 mengkaji & akhirnya benar2 mengenali, sukar untuk terjadi perselisihan kerana akan wujud banyak pertindanan. Jika ada sekalipun perbezaan pendapat & pandangan atau sandaran , maka pertindanan tadi dapat menutupi perbezaan --> lalu saling bertoleransi & damai, simple bukan?
Terima & menerima, maaf & memaafi adalah sikap yg dianjurkan oleh agama kita, jadi mengapa kita suka berbalah sesama sendiri?

31 January 2011

Reminder 4 the day...

Kekayaan Yang Paling Besar ialah Kesihatan tubuh badan.........28 jan 2011

Sesuatu...Menginsafkan

Melalui kehidupan ini, kekadang kita meredah rutin harian, selalunya kita terlupa untuk merenungi hakikat diri, kesukaran orang lain & hakikat di sekeliling. Sesuatu yang biasanya membuatkan kita termenung memikirkan betapa suatu kesukaran biasanya kita perolehi bila berlaku kematian @ kehilangan orang-2 yg terdekat dgn kita, bila kita menyaksikan sendiri kesusahan & kecacatan orang lain secara live & kita baru berurusan dengan client/customer yg sememangnya kita terpaksa berdepan secara fizikal dgn mereka semua. Mendengar rintihan hati, melihat peristiwa2 dasyat secara live, betapa kehancuran yg menimpa saudara kita umpamanya kejadian gempabumi di seberang dsbnya. Selain drp itu & seangkatan, biasanya kita akan hidup aman tenteram dgn family kita, bergelak ketawa & kita pula adang terlupa untuk bersyukur atas segala kurniaannya.

27 January 2011

It's not new, but rebranding blog may be!

Just testing, bcoz d previous one are not so frenly & also Losong do not have so many accesories like blogspot did. But still appreaciate Losong so much bcoz have served me for so long.

KALAU SAYANG.......


Januari 2011
Jika kita sayangkan anak, berilah mereka agama, jika kita kasihkan mereka, pagarilah ia dgn peraturan & displin agama. Hari ini manusia interpretasikan kasih sayang kepada anak melalui pakaian berjenama, hiburan terkini & teknologi termaju, kemudahan tercanggih , kelas2 tuisyen tanpa henti dan menombor-2-kan pendidikan agama & ilmu AlQuran. Kadang2 allow anak ponteng kelas agama/ mengaji Quran untuk memberi laluan kpd tuisyen akademik & lain2 xtvt yg dianggap lebih penting. Ilmu & pendidikan itu penting, ilmu dunia & ilmu akhirat penting untuk jaminan keselamatan hidup dunia juga akhirat tetapi janganlan meremeh & memperlekehkan pendidikan agama berbanding pendidikan akademik semata-mata..........
Setelah mereka remaja & dewasa , bila mereka menyimpang drp landasan, kita terkedu, kita akan claim kita telah mendidik mereka dgn ilmu pengetahuan, mereka masih mengecewakan kita? Kenapa kita tidak persoalkan , sejauh manakan usaha ikhtiar kita ke arah menjadikan mereka, zuriat & keturunan kita sbg orang yg beragama? Hanya agama yang akan menjamin mereka akan berfungsi sebagai manusia sempurna, walaupun kerjaya mereka nanti sebagai pakar profesional atau tokoh korporat atau pemimpin, atau nelayan atau petani atau pun tukang sapu. Wallhua’llam.

PREVIOUS POST

http://losong.com/ruhana/
Disember 2010 ~ selamat jalan kenangan.....(2010)
Sebenarnya rasa nak berhenti trus dah menulis website ni since xder free sangat, tapi bila bersendiri, byk pula idea datang berlambak-lambak, rasa nak tulis pula. Tp bila free idea x datang. Bidang menulis ni dah lama bermula bkn sejak kenal web & blog, ianya bermula sejak form 1 lg 1983. Kna perlukan 1 buku nota untuk mencatat apa saje perkara yg terlintas. betul2 implemen masa form 3. Daripada senikata lagu2 kegemaran, artikel, sajak, cerpen, vocabulary english & sinopsis criter yg ditonton kat tv, vocab Bhsa Arab, luahan hati sbgai teenager dan sebagainya. Jadi mcam mustahil pula untuk stop begitu saja.  Tadi pagi semasa melintas temp DJ kat foyer MARA, terdengar suara DJ tu greet para pelawat MARA, cam bes pula, terlintas pula tentang angan2 Kna nk jadi DJ macam x pudar, macam nak rasa pula. hai diri dah tua dah, almost 41 yrs old. Lupakan saja. Now musim anak2 mengejar impian pula. Ayah Su dah pegi DQ - Darul Quran spt yg dicita-2kan. Adik Wari pon dah setahun plus, semalam dah botak kembali 4 d third time.... Tis coming 2011, 4 akan mulakan persekolahan dr Drj 1, 3, 5 & 6. Hopely seme berjalan lancar. Amin
 
RENUNGAN -  OKTOBER 2010Semasa duduk2 lepas solat maghrib malam tadi, terdengar perbualan Dj IKIM dgn seorang Ustaz; Ustaz memberikan takrif "ILMU YANG BERMENAFAAT" mengikut pandangan Imam AlGhazali : Ilmu yg bermenafaat ialah 1- ilmu yg menambahkan takut kpd Allah; 2 - ilmu yang membuka aib diri sendiri untuk pembaikan diri sendiri; 3- ilmu yang menambahkan kebimbangan tentang negeri akhirat dan meringankan hal ehwal tentang negeri dunia. Cantik sekali penerangan & huraian ringkas beliau. Suami memaklumkan bahawa beliau merupakan seorang Pensyarah yg pernah mendapat pendidikan Pondok. Harap ianya dapat memberi menafaat pada kita semua.