04 May 2011

SIFAT BENAR & pentingnya berkata benar.......

Dunia hari ini dunia penuh materialistik yang tidak lg mementingkan pendidikan akhlak & budipekerti mulia. Apa yg diutamakan adalah akademik , persijilan & peperiksaan.Oleh demikian tidak hairanlah hasilnya kini, kita mempunyai ramai kaum remaja berpendidikan tinggi tetapi tidak semua tahu membantu ibu di dapur, tahu menghormati & mentaati orang tua serta tidak kurang juga yang berjaya dlm akademik tetapi di masa yang sama menjual maruah untuk kesenangan hidup. Itulah output @ natijah drp penekanan kita generasi lama yg silap memberi penekanan.

Apa yg ingin disentuh di sini adalah salah satu drp byk sifat2 & akhlak terpuji , yakni salah satu sifat penting yg amat ditekankan agama iaitu berkata benar & bersifat benar dalam kehidupan ini. Kita biasa mendengar Sabda Nabi bermaksud " berkata benarlah wpun pahit" serta pesanan Saidina Umar AlKhattab " berkata benarlah engkau, sekalipun kebenaran itu akan membunuhmu". Begitu, penekanan yg diberikan generasi awal Islam di abad terdahulu.

Mimpi benar juga ada kaitannya dengan sifat benar seseorang itu, dimana Nabi pernah menyatakan bahawa , sejauh mana seseorang itu bersifat benar, maka benarlah juga mimpi orang itu. Mimpi benar juga adalah salah satu drp sifat2 kenabian. Bukan bermaksud orang yg mimpinya benar itu adalah martabatnya tinggi menghampiri martabat Nabi, tetapi membawa makna bahawa Mimpi benar ini adalah merupakan salah satu anugerah kpd para nabi & Rasul, yang biasanya mereka ini bermimpi benar, & banyak peristiwa mimpi benar yang dialami oleh para nabi seperti peristiwa mimpi Rasulullah s.a.w sebelum diangkat sebagai Rasul, mimpi korban oleh Nabi Ibrahim a.s serta mimpi yang dialami oleh Nabi Yusuf .a.s dll .

Begitulah pentingnya berkata & bersifat benar dalam agama kita, yg kini dipandang lekeh oleh generasi baru & kadang-kadang mempermain-mainkan tentang berkata benar. Ianya ada kaitan dgn akidah, kepercayaan, keimanan dan lawannya adalah sifat munafik. nauzubillah & Wallahua'llam.

No comments:

Post a Comment