18 April 2011

Pentingnya berhati Mulia ....(Sesi bercerita)

Berhati mulia: mendekatkan rezeki, menjauhkan bala.

Hari ini nak bercerita tentang berhati mulia, bukan kerana diri kita berhati mulia tetapi untuk sama-2 berkongsi tentang kepentingan berhati mulia dan dapat menyemarakkan keinginan kita supaya dapat bersifat dengan sifat ini, yakni salah satu drp akhlak terpuji.

Kalau x silap pada tahun 2005, sewaktu menetap di PJ oldtown, anak Kna Asma' Nazirah aka kak Ngah baru berumur +- setahun, warded di HUM kerana kahak/paru2 berair kerana selsema yg berpanjangan. Maka berkampunglah Kna di wad kanak2 selama beberapa hari. Turut sama di wad tersebut adalah seorang misi Cina Muslim (anak cina yg dipelihara bidan melayu sejak kecil) bersama babynya yang baru berumur beberapa bulan. Beliau ini adalah seorang yang peramah & suka berkawan, ada aje yang disapa & dibawa berbual wp biasanya bangsa cina x macam tu (maklumlah anak mak bidan). Kami pula sentiasa berbual kerana kebosanan duk di wad. Mulanya Kna heran sbb katanya baby yg berada d wad itu anak pertama/sulung katanya & dia masa tu dah berusia 40an (plus). Suaminya pon dah memutih uban. Pada masa yg sama bila suaminya datang melawat , datang bersama suaminya lebih kurang 6 @ 7 kanak2 yg bermacam rupaparas & agak nakal @ lasak.

Bila Kna selidiki, rupa-rupanya semua kanak2 yg dibawa suaminya itu adalah anak2 angkatnya yg diambil dr pelbagai source & mostly adalah anak terbuang, yg x sah taraf. Biasanya dia akan membela ibu2 terlanjur yg telah sarat, dan selepas bersalin, dia akan jaga & urus baby tersebut dgn sukarela & ibu @ gadis2 yg sebhagian dalah student IPT akan kembali menyambung kehidupan seprti biasa. Ya Allah terkedu Kna mendengarkan, betapa besar kebajikan & pengorbanan seorang wanita yang tiada anak (semasa itu), sanggup bersusah payah ke atas orang yang x dikenali  termasuk membela ibu terlanjur tanpa sebrang bantuan @ bkn digazetkan sbgai rumah kebajikan. Dia sewaktu itu telah 40an & masih belum menimang anak, beliau sangat 2 mengharapa anak sendiri walaupun telah mempunyai ramai anak angkat. 

Kna perhatikan antara anak2 angkat yg itu ada yg putih, cerah & gelap, ada yg biasa & ada yg agak cantik. Anak orang Indonesia pon ada. Beliau ini menetap berhampiran dengan Uitm Shah Alam, dari situlah ramai gadis terlanjur yg menumpang teduh dirumahnya sementara menanti kelahiran & dia x tentukan siapa pon, sbb tu ada juga yang ibunya Indon. Sabarnya dia melayan anak2 nya yg ramai & lasak itu.
Ditakdirkan Allah akhirnya dia mengandung & dapat menimang cahaya mata sendiri pada usia 40an, mereka suami isteri sangat2 gembira atas kurniaan itu dan x henti2 bersyukur. Selepas warded, kami x pernah bertemu dan Kna x tahu apa kisahnya lagi. Masih teringat masa tu, Toyota Innova baru keluar kt pasaran Malaysia, meraka telah dapatkan satu demi anak2 angkat mereka yg ramai. 

PJ 2005 - K.Ngah & K.Long
Mulia sungguh hati mereka & kita rasa kita x mampu melakukanya walaupun kita rasa kita tahu agama, kita x sanggup berkorban seperti yg dilakukan itu apatah lagi orang-orang tersebut tiada ikatan persaudaraan dengan kita,  anak2 tersebut tidak sah taraf & datang dr pelbagai bangsa, negeri & latarbelakang. Betapa kita merasakan Allah telah memakbulkan doanya sekian lama atas sifat mulia hati & budi & jasanya itu, yg bukan calang2 orang dapat melakukannya. Begitulah asuhan Mak Bidan tersebut yang membela seorang bayi berbangsa Cina suatu masa dulu. STOP. (Renungan.)