27 February 2011

Kura-kura & kehidupan....

Semalam, sewaktu sedang memasak tghari, jenguk dlm kolah@ aquarium kura2 plus anak ikan, tersenyum sendiri, kerana menengok aksi mesra kura2 kami yg baru dapat teman baru & seekor baby kura2 instant. Dulu dia hidup sendirian, tanpa teman sehingga pernah 1 hari saya menyuarakan pd suami " x baik bang, kita simpan seekor xder pasangan, ditakuti berdosa". suami diam je & kami x pernah berusaha untuk mendapatkan kawan tuk tis little creature. Sehingga pada suatu hari budak-budak yg sedang bermain dlm kwsan kem terjumpa kura2 sesat ntah dari mana lalu mereka serah pada Ahmad sbb tahu kami dah memang membelanya seekor. Wbagaimana pun terjadi pula perebutan bilamana ank jiran kami hendakkan juga kura2 tu & emak nya datang, maka budak2 tu serahkan dengan berat hati. Ahmad & Hakim mcam x lalu makan sbb sedih x dapat kura2 yg sepatutnya jadi milik mereka. Anak jiran membeli pula seekor anak kura2 kecil dr pet shop tuk jadikan teman. Setelah beberapa minggu membela lantas anak jiran ni membawa ke-2 beranak kura2 ke rumah kami supaya kami membelanya pula samapai besar, hai! nak tergelak pun ada. boleh pulak cam tu, Ahmad seolah kenyang & sgt hepi dgn kedatangan 2 mahkluk tu......tapi begitulah miracle kehidupan....to be continued later

Sesuatu itu bermula dgn niat yg baik sebagaimana Hadis pertama yg kita belajar semasa melangkah ke Form 1 Sek Arab 80an, bila kita berniat baik, Allah akan tunjukan jalan, mudahkan laluan. Dlm kes ini kita x nak menganiaya binatang, Allah datangkan teman untuknya. Begitu juga kita, mula2 kita pasangkan niat baik, seterusnya cuba berbuat baik sebab berbuat baik itu sesuatu yg berat bagi kita orang awam ini. Allah akan membantu melalui pelbagai jalan....itulah awal konsep kebaikan.

09 February 2011

Isu terkini ~ poligami

Memandangkan kat yahoo grup x-KIK, isu bermadu memenuhi inbox, maka rasanya disentuh sendiri another pandangan peribadi, apply untuk diri sendiri sahajalah. usikan sentiasa kita dapat dr segenap penjuru spya perempuan perlu redho tuk berkongsi kasih, sama ada dr suami, rakan2 dsb. Pada saya ianya bukanlah big deal jika justifikasi adalah strong, misal kata kita sudah kurang keupayaan atau masih berupaya tetapi suami ada xtra keperluan, mgkin tersangatlah gagah perkasa, walaupun misal kata poketnya nipis tapi kudratnya sgt hebat, maka mugkin kita perlu pertimbangkan, sbb ditakuti terjerumus ke arah perkara x baik. Katalah kita mampu je tetapi suami menghadapi byk godaan dgn wajah hensem & poket tebal, tiada maknanya kita dok sibuk nak menghalang.....sbb ianya dibolehkan dari segi syara' , semuanya tiada masalah kerana yg ada hanya camana kita pompuan nak berlawan dgn emosi kita sahaja.

Pada diri sendiri, saya sudah ada jawapan. Biarkan semuanya smooth jika itu yg dia hendak krn bukan dia x menghargai kita cuma nak tambah tanggungjawab & sememangnya dia berkemampuan, teruskanlah walau dgn siapa pon pasangannya.....CUMA mungkin segala kemudahan yg kita serah & kongsi sebelum ini, mungkin kita akan tarik balik sesetengahnya sbb beban kita dah berkurangan dgn wujudnya rakankongsi dia yang baru. Kita rela & redho cuma sebahagian facilities yg kita provide mungkin kita simpan untuk diri sendiri pula, (ringan sedikit beban digalas ye!). Mungkin usikan & gurauan kita pon berkurangan, sbb dia pon dah kurang masa untuk menerimanya, itu je lah yg kita boleh buat. Cerita kita pon mungkin akan sedikit berkurang sbb dah ada cerita lain yg nak didengari........& pastinya semuanya tidak seperti dulu lagi!

Kalau dia pon x kisah mana atas segala yg akan berubah itu, maka janganlah kita perempuan nak menyusahkan dia meneruskan niat suci membela agama & kaum wanita itu. Sebab itulah saya selalu katakan, mental & sikap kita yg menentukan samada dia akan terpk @ terlintas samada nak rasa manisnya madu @ dia x sanggup untuk menghadapi sedikit perubahan itu, semuanya ada ditangan kita & dia. Dia boleh buat pilihan & berhak membuat keputusan, tapi kita ada kuasa untuk mendorong @ sebaliknya. 

08 February 2011

Dari Kerana mata !

Menarik, kak Na cut & paste sbb tertarik dgn mata lelaki & perempuan tu, isu pon boleh tahan. Jadi selain drp memiliki badan yg langsing, kita perempuan perlu mempunyai mata yg cantik untuk mengikat lelaki, Klau dia nampak mcam kurang minat je, banyak2 la tenung mata suami / isteri, tapi masalahnya jenuh d tenung & d goda, dia buat x tahu sajer, hahhahhhahaa. Nasiblah kalau macam tu, kenalah pk sesuatu yg kreatif jika kita x banyak kelebihan (sex appeal). Bagi saya kelebihan ada 2, fizikal & mental. Klau fizikal x menarik jadikan mental kita berfungsi sepenuhnya agar dapat menguasai pemikiran & jiwa. CREATIVE!, ingat tu!!

Chinese new year yg ....................

Dah lama kami x mengalami masalah teperangkap dgn jam teruk sepanjang KG-> KL sbb selalu kami plan perjalanan luar drp peak hour, tp baru2 ni kami xde pilihan kerana kami bertolak dr KL-KG hanya pd hari Rabu, tiada pilihan tuk balik kemari awal, hanyalaha pagi Ahad, kul 8 + pagi - 9 + mlm. Klong termiss 1 klas tuition mlm tu, & esoknya ayah Su termiss 2 klas sbb x sempat anto dia ke train stesyen. X apalah yg penting ianya telah berlalu & kami semua selamat sampai KL setelah byk halangan. Kawan2 lain ada yg terperangkap 16j dan lebih, so nasiblah & kena redah semua tu.

Apa pon wp x sempat beli kopok leko & x sempat shopping apa-2, kami tetap enjoy sbb dapat join kenduri (gulai kawah) kerana ramai buat kenduri sempena coti. Juga kami adik beradik sempat berkumpul & update cerita masing2 lebih kure walaupun sehari semalam aje bersama-sama. Mak nampaknya hepi since most of us balik wp ayah Teh & cek Do serta maklong xder. lain kali ye!

01 February 2011

X kenal maka x cinta....

Simple phrases but meaningful. Biasa berlaku dlm kehidupan, yg sering terjadi dimana-mana. Pergaduhan , perselisihan & perbalahan yg wujud tersebut kerana kita semua sebenarnya tidak benar2 mengenal, mengerti, menghayati & memahami serta mempelajari tentang sesuatu entiti, individu, kumpulan, komuniti & lain2 yg berlainan drp kita. Sekiranya sebaliknya drp itu, kita benar2 mengkaji & akhirnya benar2 mengenali, sukar untuk terjadi perselisihan kerana akan wujud banyak pertindanan. Jika ada sekalipun perbezaan pendapat & pandangan atau sandaran , maka pertindanan tadi dapat menutupi perbezaan --> lalu saling bertoleransi & damai, simple bukan?
Terima & menerima, maaf & memaafi adalah sikap yg dianjurkan oleh agama kita, jadi mengapa kita suka berbalah sesama sendiri?