05 October 2011

Saat2 kemusnahan kemanusiaan dalam diri......

Perlis - Ditahan polis krn ponteng sekolah & menonton video.....
Gambar ini (di akhbar tempatan 5 okt 2011), menceritakan kesemua sekali penyakit & senario semasa yg telah melanda komuniti umat Islam negara ini khususnya. Kita mempunyai adik, anak, ank saudara.......yang seusia ini, maka seandainya diri kita adalah salah seorang person yg bertanggungjawab ke atas salah seorang dr mereka, bagaimana perasaan kita?  Adakah kita akui bahawa ini merupakan titik kemusnahan kpd  kehidupan anak-2 @ generasi pewaris kita?
Titikmula  ini nampak remeh pada pandangan zahir tetapi kesannya berakar & berkesan sehingga ke liang lahad, melainkan orang-2 yang bertaubat penuh ikhlas kepada Allah. titik ini mampu menghancurkan beberapa generasi  dan memporak perandakan institusi kehidupan manusia, merosakkan jati diri ank2 muda, menyedut keluar sisa2 keimanan dalam diri, mendekatkan segala perbuatan dosa & mungkar, membenihkan sifat malas & tidak amanah seterusnya melahirkan generasi yg rosak kemanusiaannya.

Lalu apakah kita bangga kalau sekiranya kita sebagai ibubapa yg bertanggungjawab mencorak anak-2 cuma mampu mendekatkan mereka dengan segala fasiliti ke arah kemungkinan kerosakan seperti agen-agen hiburan yang pelbagai dalam pasaran semasa? Contoh netbook, notebook, desktop percuma, kemudahan sistem jalur lebar pantas, tv , video player , internet & segala perkakasan elektronik canggih? Lalu bila ada kes bayi dicampak contohnya, maka kita pun bertungkus lumus mencari penjenayah bertanggungjawab & selalunya kita lupa pada peranan diri sendiri terhadap anak, keluarga & masyarakat. Ianya telah berakar umbi dalam diri & masyarakat sejak sekian lama & peranan agama yg hanya sebagai ritual semata.