23 March 2011

Beza antara tahu & faham (fak'kih vs Alim)

Ringkasan takrifan: Tahu @ alim adalah mengetahui dari sudut hukum hakam, rukun & syarat yang sepertimana contoh seorang yang tahu mengenai syarat-2, rukun & hukum, maka dia layak mengimami solat jemaah kerana dia ada ilmu. Berbeza pula dengan fak'kih, yakni faham, dalam sesuatu situasi atau senario dia berkemampuan mengubahsuai sesuatu tindakan berdasarkan prioriti untuk kepentingan ummah, bilamana keadaan semasa memerlukan kepada hal tersebut &  masih dalam lingkungan syarat, rukun & hukum yg termaktub.

Sebab bila Allah mengkehendaki sesuatu kebaikkan kepada seseorang maka diberi faham akan agama @ fak'kih fildin.......Wallahua'llam.

15 March 2011

Another Reminder.....4 me

Bala itu diturunkan memberi 2 makna kpd 2 golongan:

Untuk orang mukmin, untuk menambahkan lagi/ memperkentalkan keimanan kepada Allah & kepada yg kufur, bagi menambahkan lagi kekufuran mereka kpd Allah. Maka sptmana tsunami di Jepun , bala yg sekelip mata membinasakan, maka tenanglah wahai hati & redho lah atas ketentuan Ilahi.....

kerana Zuhud itu adalah engkau lebih menyakini apa yg ada di sisi Allah melebihi apa yg ada di tangan manusia & nilai dunia ini adalah lebih kecil drp sayap nyamuk berbanding Alam Akhirat. Kalihkan pandangan ke alam sana yg lebih banyak peluang menanti, Berbuat baik lah sebanyak yg boleh wahai diri sbb itulah pelaburan yg akan membuahkan hasil yg abadi.

12 March 2011

Reminder 4 me & u...

To say once again, whenever mode come to state like 'down to d earth':
"Zuhud itu bukan lah membuang dunia tetapi engkau lebih menyakini apa yg ada di sisi Allah melebihi apa yg ada di tangan manusia".  Then...feel hepy & stronger again, nothing to worry & wonder, really miracle.

Teringat pesan ustaz tentang 6 perkara yg menyebabkan 6 golongan masuk neraka sebelum hisab, drp 6 satu perkara tu terlupa walaupun cuba refresh beberapa kali, so x perlu tulis dulu.

07 March 2011

Gajah Denak aka gajah Penggoda (Cek mek)

Hahahahha...tergelak sorang2, gajah liar pon boleh kalah dgn pujukan gajah betina, apatah lagi manusia. Bijak, sungguh bijak... bilamana penjaga gajah & para petugas dan pegawai renjer menggunakan gajah denak betina sabagai pemujuk dalam operasi pemindahan gajah. Setiap kejadian yang Allah buat adalah hikmahnya, betina @ perempuan biasa dikaitkan dgn kelemahan dan kekurangan aqal serta terlebih emosi but sometimes emosi tersebut perlu digunapakai dalam menangani sesetengah situasi. Ikuti kisah ini:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

03 March 2011

4 golongan istimewa.....Perihal Syafaat

Yang baru didapati, mungkin boleh masing-masing study & berguru pula dengan ulama yg muktabar sekiranya kurang yakin dgn fakta ini, diperolehi drp sumber yg agak kuat- seorang alim aka ustaz (source: bukan internet).

4 Golongan yang boleh memberi syafaat kpd muslimim:
1- Para nabi & Rasul
2- Golongan siddiqin- orang 2 yg benar
3- Ulama'
4- Orang yang baik muamalahnya diantara manusia.

Perincian & detail syarahnya, silalah dapatkan penjelasan drp ustaz & tuan guru yang sepatutnya.......

KULIYAH lama - saripatinya menarik hati

Zuhud: Apakah maksud ringkasnya ?
Zuhud itu bukanlah mengharamkan yg halal @ membuang dunia, tetapi Zuhud itu Engkau lebih menyakini  apa yg ada disisi Allah lebih drp apa yg ada di tangan manusia.

Hari ini berfkir-fikir semasa drive pagi : bahawa rumahtangga merupakan 1 institusi unggul & lebih terkemuka drp sebuah Harvard @ Cambridge kerana ianya dapat melahirkan samada  manusia hebat pencatur dunia yg taat kpd Allah atau pun seorang kaya, tamak & jahat peribadi  yang menentang Allah .
Ya Allah, Engkau jadikan zuriat yg lahir drp rahimku seorang hamba yg taat kepadaMu yang dapat berbakti & kpd Mu & Agamaku, Engkau jadikan juga saudara-2ku yg lahir dari rahim yg sama dgnku adalah penolong kepada Agamaku & bukan penolong kpd mereka yg menentangMu. Amin.

Kaitan bahagia & kesihatan - pandangan saintis


2011/03/03 NEW YORK: 
Mereka yang tidak berasa bimbang dan sentiasa gembira mempunyai peluang lebih tinggi untuk hidup lebih lama dan panjang umur, kata satu kajian. Penyelidikan diketuai Profesor Emeritus Universiti Illinois, Ed Diener, berkata penilaian ke atas lebih 160 kajian untuk menentukan kaitan antara minda positif, kesihatan keseluruhan dan umur panjang memperoleh bukti jelas dan meyakinkan.
“Saya terkejut dan teruja apabila melihat perbandingan jelas yang mengaitkan antara tahap kesihatan yang baik dengan umur panjang,” kata beliau dalam laporannya yang diterbitkan Jurnal Applied Psychology: Health and Well-Being. Diener berkata, walaupun beberapa kajian yang dinilai memberi pandangan bertentangan, pendapat keseluruhan menyokong kesimpulan bahawa kegembiraan mempunyai kaitan dengan kesihatan dan umur panjang. – Reuters