25 May 2011

Diri sendiri, orang lain, banyak & berkat

Kecenderungan untuk menulis sebenarnya bukan bertujuan untuk memperingati diri orang lain, tetapi adalah lebih kepada sifat kesukaan semulajadi yang suka memberi pandangan & kesimpulan, yg utama untuk diri sendiri. Bila kita  sendiri menulis & kita sendiri yang seronok membacanya , maka semoga ianya juga boleh dikongsi dgn sesiapa yg berminat & sama2 boleh dimenafaatkan. Jika asyik update status di Fb, mungkin akan ada pihak yg tersinggung, ada yg terasa diperli atau dikatakan menunjuk pandai, perasan cendikiawan dsbnya. Bila kita menulis secara adhoc di personal page seperti ini, tiada siapa boleh mempertikaikan sebab kita x pernah menyuruh sesiapa melihat, membaca & response balik mengenainya.

Hal yang ingin disentuh kali ini adalah perihal banyak dari segi amaun (tangible) dinisbahkan dengan berkat yang bersifat intangible. oleh kerana penekanan dan kedalaman ilmu2 agama tidak diambilberat, maka pada hari ini , manusia terdorong kpd perkara2 material yg bersifat keduniaan, yg boleh dihitung & dikira, yg nampak dipandang mata kasar dan everything is based pada calculation. Si polan banyak duit, banyak harta, maka dia kaya , dia berjaya. Si polan ada PhD, maka dia bijak, dia berjaya. OOo sipolan terkenal, glamour, siang malam masuk tv, oo maka dia berjaya. itulah contoh2 ukurannya . Walhal di dalam bidang agama & keluasaan ilmu-ilmu hakiki Islam, tidak semua based on calculation & facts, or proved by experiment. Ilmu di dalam Islam terbahagi kepada 2 iaitu ilmu-ilmu yang boleh dipelajari & ilmu2 laduni. Ada ilmu bersifat 2+1=3 dan ada ilmu yg bersifat 2+1 x= 3, dan jawapan mungkin variety dan pelbagai & infiniti.

Ilmu2 yang bersifat hakikat ini jarang di pelajari pada hari ini, apatah lagi pada hari ini manusia amat menekan kan akademik, seolah2 hanya akademik yang dapat menjamin kesejahteraan generasi baru. Walhal cabang ilmu itu amat luas & pelbagai, dan yang paling penting didahulukan adalah ilmu agama. Kerana ilmu agama & amalan baik yang sempurna akan menjamin kesejahteraan hidup di alam dunia dan alam akhirat.

So sampai sini dulu hari ini, x sempat disentuh tentang berkat, yang manusia hari ini kurang mengambil berat walaupun mengaku keberkatan itu penting dalam kehidupan.

04 May 2011

SIFAT BENAR & pentingnya berkata benar.......

Dunia hari ini dunia penuh materialistik yang tidak lg mementingkan pendidikan akhlak & budipekerti mulia. Apa yg diutamakan adalah akademik , persijilan & peperiksaan.Oleh demikian tidak hairanlah hasilnya kini, kita mempunyai ramai kaum remaja berpendidikan tinggi tetapi tidak semua tahu membantu ibu di dapur, tahu menghormati & mentaati orang tua serta tidak kurang juga yang berjaya dlm akademik tetapi di masa yang sama menjual maruah untuk kesenangan hidup. Itulah output @ natijah drp penekanan kita generasi lama yg silap memberi penekanan.

Apa yg ingin disentuh di sini adalah salah satu drp byk sifat2 & akhlak terpuji , yakni salah satu sifat penting yg amat ditekankan agama iaitu berkata benar & bersifat benar dalam kehidupan ini. Kita biasa mendengar Sabda Nabi bermaksud " berkata benarlah wpun pahit" serta pesanan Saidina Umar AlKhattab " berkata benarlah engkau, sekalipun kebenaran itu akan membunuhmu". Begitu, penekanan yg diberikan generasi awal Islam di abad terdahulu.

Mimpi benar juga ada kaitannya dengan sifat benar seseorang itu, dimana Nabi pernah menyatakan bahawa , sejauh mana seseorang itu bersifat benar, maka benarlah juga mimpi orang itu. Mimpi benar juga adalah salah satu drp sifat2 kenabian. Bukan bermaksud orang yg mimpinya benar itu adalah martabatnya tinggi menghampiri martabat Nabi, tetapi membawa makna bahawa Mimpi benar ini adalah merupakan salah satu anugerah kpd para nabi & Rasul, yang biasanya mereka ini bermimpi benar, & banyak peristiwa mimpi benar yang dialami oleh para nabi seperti peristiwa mimpi Rasulullah s.a.w sebelum diangkat sebagai Rasul, mimpi korban oleh Nabi Ibrahim a.s serta mimpi yang dialami oleh Nabi Yusuf .a.s dll .

Begitulah pentingnya berkata & bersifat benar dalam agama kita, yg kini dipandang lekeh oleh generasi baru & kadang-kadang mempermain-mainkan tentang berkata benar. Ianya ada kaitan dgn akidah, kepercayaan, keimanan dan lawannya adalah sifat munafik. nauzubillah & Wallahua'llam.