Ada orang berkata " carilah suami yg soleh". Bagaimana?sdgkan jika kita sbgai perempuan tiada hak mencari. Sekiranya lelaki mungkin ya, mereka ada byk opsyen. Resmi org timur perempuan hya boleh berdoa & menunggu saja, tersilap langkah di kata 'terhegeh2'.Kadang2 kesibukan menyelesaikan kuliah & pengajian menyebabkan mereka tiada ruang untuk diri & tiada berpeluang untuk bertemu sesiapa yang sesuai, melainkan jika seseorang yang mempunyai 'pakej menarik', yg mana kehadirannya biasa akan disedari walaupun dia tidak berusaha apa-apa. Ada remaja yang bijak memanipulasi keadaan, dlm sibuk belajar, menyempatkan diri untuk berkenal & beramah mesra dgn rakan2 lelaki yg memungkinkan mereka bernasib baik. Ada pula yang agak lurus & berserah, yang biasanya boleh menyebabkan mereka agak terlindung. Di zaman ini pula, kaum lelaki mempunyai banyak pilihan & peluang serta mereka tidak punya tempoh 'expired' seperti anak gadis. Jadi sedikit sebanyak hal ini lebih menyumbang kepada masalah bertemu jodoh bagi para anak gadis. Jika kita perhatikan pelbagai saranan & cadangan telah dibuat samada oleh badan2 berkaitan, NGO dan sebagainya dalam menangani isu , tetapi nampaknya masalah masih berterusan & tiada banyak penyelesaian yang membantu. Dibimbangi hal ini sedikit sebanyak boleh menyumbang kpd gejala sosial, serta tersekat peluang menyambung generasi , perkembangan zuriat terutama dikalangan para anak gadis berpendidikan tinggi khususnya, yang sepatutnya dapat mewujudkan suatu komuniti berdaya intelektual tinggi serta gemar kepada keilmuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Zuhud: Apakah maksud ringkasnya ? Zuhud itu bukanlah mengharamkan yg halal @ membuang dunia, tetapi Zuhud itu Engkau lebih menyakini apa yg...
-
March 17, 2015 at 10:33am Public Friends Friends except Acquaintances Only Me Custom Close Friends UITM See all lists... Family Mara...
-
Mok Teh, tolong betulkan klau silap.....(dia pakar sejarah yg suka tido pagi...) Mengikut cerita, Mok Wa (nenek) ayah adalah generasi pe...
No comments:
Post a Comment