15 December 2011

Seiring dengan masa & usia.....serta mungkin faktor2 luaran yg lain, minat untuk trus menulis kian pudar. Ianya seperti "biarlah simpan shja sendiri, moga x menyakitkan sesiapa" , maka x ada apa yg perlu di tulis. Ilmu agama yg tidak banyak bertambah, kudrat yg makin mengurang, kawan & rakan yg mengurang kecuali adik beradik yg terus setia berkongsi crite setiap kali berjumpa. Biarlah tiada cerita tetapi semoga amalan dapat diperbanyakkan, InsyAllah.

2011 yg ke penghujungnya. Masalah rumah d Besut nampaknya telah selesai walaupun pihak former owner seperti masih x berpuashati, sesuatu yg diluar jangka & kawalan kita. Isu rumah d Rawang pula kena continue since strata title blom clear. Klong telah dapat resultnya w/p x cemerlang mana tapi bolehlah 4A 1C, cam resultnya AyahNgah dulu2. Tahun 2012 yg bakal datang akan menyaksikan anak daraku akan memulakan pengajian di bumi Kelantan & kami akan berjauhan semestinya. Optimisnya semoga dia akan lebih berdikari dan mempelajari pelbagai pengetahuan & pengalaman bila berjauhan drp parents.

40an, menuju ke angka 42 tahun dari sekarang.......hampir separuh abad, no more jokes, no more games. Kalau menurut ustaz dari sudut pandangan tasauf, 40an  ini adalah berupa mayat. So, Whatelse to do, wirid harian blum hafal lagi.....Mungkin ini catatan terakhir untuk tahun ni.