03 March 2011

Kaitan bahagia & kesihatan - pandangan saintis


2011/03/03 NEW YORK: 
Mereka yang tidak berasa bimbang dan sentiasa gembira mempunyai peluang lebih tinggi untuk hidup lebih lama dan panjang umur, kata satu kajian. Penyelidikan diketuai Profesor Emeritus Universiti Illinois, Ed Diener, berkata penilaian ke atas lebih 160 kajian untuk menentukan kaitan antara minda positif, kesihatan keseluruhan dan umur panjang memperoleh bukti jelas dan meyakinkan.
“Saya terkejut dan teruja apabila melihat perbandingan jelas yang mengaitkan antara tahap kesihatan yang baik dengan umur panjang,” kata beliau dalam laporannya yang diterbitkan Jurnal Applied Psychology: Health and Well-Being. Diener berkata, walaupun beberapa kajian yang dinilai memberi pandangan bertentangan, pendapat keseluruhan menyokong kesimpulan bahawa kegembiraan mempunyai kaitan dengan kesihatan dan umur panjang. – Reuters

No comments:

Post a Comment