04 May 2014

Hadiah dari kehidupan....

Sekiranya tiada anak2 di sisi apalah agaknya makna kehidupan ku kini? Betapa besarnya ujian bagi orang2 yg Allah uji dengan tidak diberikan anak. Betapa sedih & sunyinya kehidupan di usia2 seperti ini agaknya. Sabar lah teman2 ku sekiranya ia menimpa dirimu, sesungguh Dia Maha pemberi, mohon lah jgn berputus asa.

Cuma hari ini lewat mencecah usia separuh abad dalam 4, 5 tahun menjelang, kiranya panjang umur. Terkenang semula betapa dulu, Allah kurniakan badan yg sihat & kuat, banyaknya tenaga & kudrat untuk tugas seharian, betapa cergas & cekap nya kita bertindak & bergerak, sekarang telah beransur-ansur kurang dr aspek, mata, kaki tangan, urat2 & seluruh badan. Lemah & lenguh semuanya ditambah dgn obesiti dll menjadikan kekurangan ini hampir sempurna. Kalau dulu tiada kemahiran memandu, berjalan berkilometer dgn j/masa singkat tanpa lelah, kadang berdokong & menggalas, semua itu kini tinggal kenangan. Walau pun memandu, sesampai depan opis, tersandar dahulu seketika baru boleh menapak........Tuhan, masih bersyukur kerana aku masih boleh berjalan wpun lambat.

Kalau dulu di usia 30an, baju raya anak2 setiap tahun wajib Sogo, wp termasuk bercuti untuk itu OR naik lrt untuk itu. Sekarang akan cari kedai yg boleh parking depan terus masuk. Begitu bezanya....

Ini yg tinggal di KL

No comments:

Post a Comment